Soalan Lazim
1)
Siapakah yang sesuai bersauna?
Orang yang sesuai bersauna adalah seperti berikut:-
1. Semua orang yang sihat.
2. Orang yang tiada masa pergi bersenam.
3. Orang yang lepas bersalin.
4. Orang yang ingin membuang lemak berlebihan di badan.
(Bagi orang yang ada penyakit seperti darah tinggi
sila dapatkan nasihat doktor)
2)
Bolehkah kanak-kanak bersauna?
Boleh, bagi kanak-kanak yang berumur 10 tahun keatas dan
ada masalah dengan berat badan.
3)
Saya mengandung, bolehkah saya bersauna?
Tidak boleh. Bahaya untuk bayi dalam kandungan.
4)
Saya sudah bersalin tetapi melalui cara pembedahan,
bolehkah saya bersauna?
Boleh, sangat baik, kerana orang yang bersalin
secara pembedahan tidak boleh berurut kan!
5)
Semasa datang bulan (period) bolehkah saya bersauna?
Boleh, tetapi mengikut keselesaan masing-masing.
6)
Ibu saya selalu mengalami masalah kebas-kebas terutama
pada waktu pagi, bolehkah dia bersauna?
Sangat digalakkan, kerana bersauna boleh melancarkan
peredaran darah.
7)
Bolehkah orang yang ada sakit jantung bersauna?
Tidak boleh, kerana bersauna akan menyebabkan
jantung kita bergerak dengan laju.
8)
Bolehkah saya bersauna pada setiap hari?
Tidak digalakkan, dalam seminggu kita hanya
digalakkan bersauna tiga kali sahaja.
9) Bolehkah dengan
bersauna dapat membuang lemak dan menguruskan badan?
InsyaAllah boleh, tetapi dengan satu syarat, kena
kurangkan pengambilan makanan yang ada kaborhidrat
tinggi seperi nasi, roti, kek dan sebagainya. Banyakkan
meminum air kosong selepas bersauna.
10) Bilakah waktu
yang sesuai untuk saya bersauna?
Bila-bila masa anda free, sebaiknya pada sebelah malam
setelah anda selesaikan semua kerja-kerja rumah.
11) Bolehkah orang
lelaki bersauna?
Boleh, tetapi tidak galakkan selalu, sila pakai tuala
semasa bersauna.
12) Apakah perkara
yang patut saya lakukan selepas bersauna?
Perkara yang patut anda lakukan selepas bersauna adalah
seperti berikut:-
1. Keringkan peluh dibadan anda (lapkan).
2. Jangan berkipas /duduk dibawah kipas angin syiling.
3. Kalau anda mahu, anda boleh mandi setengah jam
selepas bersauna.
4. Kalau tidak mandi pun tak mengapa (bagi yang bersauna
malam).
13) Kenapa Set Sauna
Di Rumah tiada kerusi?
Banyak kelebihan sauna
tanpa kerusi. Set sauna di rumah design baru ini tiada
kerusi kerana ianya di reka khas untuk mudahkan anda
bawa kemana-mana, ianya mudah dipasang dan disimpan,
selamat, ruang dalam sauna lebih luas dan menjimatkan
masa. Anda boleh letakkan semua jenis kerusi untuk duduk
sementara semasa bersauna. Anda juga boleh betulkan
posisi kerusi untuk keselesaan anda. Lebih baik jika
guna stool (kerusi plastik bulat tiada penyandar).
14) Susah ke
nak jaga set sauna ni?
Set sauna kami Free Maintenance iaitu tak perlu dibasuh.
Untuk menjaga kebersihan sauna, sila lapik kain di bawah
kerusi dan sekitar leher (guna tuala good morning). Ini
untuk memastikan peluh anda tidak kena pada set sauna.
Selepas bersauna, buka sedikit zip kiri dan kanan dan
letak di bawah kipas & spray sedikit Febreeze (anti
bakteria) yang terdapat di Gedung Membeli-Belah. Set
sauna anda bukan sahaja bersih tapi wangi. Kalau terkena
kotoran, tak perlu basuh semua set sauna, hanya gosokkan
dengan sabun kawasan yang kotor dan lapkan sahaja.