Informasi & Artikel
Sihat dengan mandi peluh
Aktiviti
mandi peluh atau pun sauna selalunya dikaitkan dengan
kecantikan kulit. Namun sebenarnya kebaikan sauna bukan setakat itu saja, malah ianya lebih lagi. Ia
mempunyai manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh
badan anda.
Berikut adalah beberapa
kebaikkan dari sudut kesihatan dari aktiviti mandi peluh
yang anda lakukan.
- Keluarkan Toksin
Dari Tubuh
Peluh yang keluar masa
didalam sauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui
pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah yang
akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar
bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya
kulit akan menjadi cerah dan bersih.
Panas ruang sauna yang
biasa antara 60 darjah celsius hingga 105 darjah celsius
akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah
meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu
masalah kulit seperti jerawat juga akan dirawat. Sebabnya
wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus
mempercepatkan proses penyembuhannya.
Bagi kesihatan tubuh,
sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50 hingga
75 peratus dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar
metabolisme tubuh, sauna membantu meningkat hingga 20
peratus. Keadaaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar
kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam
kemudian.
- Membunuh Bakteria
Dan Virus
Mandi peluh melalui sauna
akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya
melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian
melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat
membantu proses memperbaiki sel-sel otot. Selain itu
proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanafaat untuk
membunuh sel-sel bakteria serta virus dalam tubuh dan
meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus
meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Faktor inilah yang
menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa
stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran
akan merasa tenang. Stres dan juga kerisauan juga boleh
dikurangkan dengan sauna hingga membuat fikiran lebih
damai.
Petikan: Mingguan Wanita
Bil.1172.
Tips Amalan Untuk Kesihatan
Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20
minit setiap kali. Tiga(3) penggunaan seminggu
sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai
kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan
herbal sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan
selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan
adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita
pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga
untuk sistem penghadaman.
Perbandingan Bersauna Dengan
Aktiviti Sukan Yang lain
1. Bersauna
selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Bersenam
Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori.
3. Berbasikal
selama 30 minit membakar 250-500 kalori.
4. Berjogging
selama 30 minit membakar 300 kalori.
5. Berenang
selama 30 minit membakar 400 kalori.
Ini terbukti bersauna mampu membakar lebih kalori berbanding
aktiviti2 bersukan yang lain dalam tempoh yang lebih
singkat.

Apa kata
IFA RAZIAH tentang amalan bersauna,
klik disini
Petikan:
Mingguan Wanita Bil.1172.
Kesihatan Jamin
Kebahagian Keluarga
Tidak dapat dinafikan
dewasa ini banyak faktor yang boleh menyumbang kepada
keruntuhan institusi kekeluarga dalam soal kesihatan.
Kesibukan masyarakat hari ini yang berlumba-lumba dalam
mencari nafkah mengakibatkan ramai yang lupa dan
mengabaikan soal penjagaan kesihatan lalu mendekatkan diri
mereka dengan pelbagai jenis penyakit.
Bagaimanapun, soal
kesihatan diri tidaklah harus diketepikan dalam kesibukan
mencari harta kerana ianya seolah menjadi kunci kepada
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Apa gunanya pangkat serta harta
bertimbun jika diri terseksa dengan pelbagai jenis
penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis,
darah tinggi dan sebagainya.
Akibat kesuntukan masa
juga, ada yang seolah-olah tidak peduli dengan soal makan
dan minum dan memilih untuk mengisi perut dengan
bermenukan makanan segera. Mengikut kajian, kebanyakan
makanan segera yang dijual mengandungi kolesterol dan
lemak yang tinggi. Selain itu, tabiat seperti merokok,
kurang senaman, mengambil alkohol turut mengundang
pelbagai jenis penyakit yang juga dikaitkan dengan
penyakit gaya hidup.
Kesimpulannya, faktor
kesihatan baik yang bersifat fizikal mahupun mental boleh
memberi pengaruh besar dalam mencapai kebahagiaan atau
sejahteraan hidup sesebuah keluarga. Justeru, adalah perlu
untuk mementingkan penjagaan serta kesihatan diri bagi
mengelakkan impak buruk kepada individu serta keluarga.
Petikan: Harian Metro
Keluaran Khas.
