|
Serai Wangi
Info:
Nama Botani: Cymbopogon
nardus (L.) rendle
Nama lain: Sereh wangi
(Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili:
Graminae.
Tanaman
Serai Wangi (Cymbopogon
nardus) dipercayai berasal sama ada dari
Selatan India atau Sri Lanka. Serai
Wangi juga tumbuh liar di
kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan
Afrika. Di Malaysia, serai
wangi biasanya ditanam di
halaman rumah sebagai tanaman dapur dan
kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha
yang berminat untuk menanam serai
wangi bagi menghasilkan minyak
patinya. Serai wangi
ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan
mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh
tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat
tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm
lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat
yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat
jika dibandingkan dengan serai
makan. Serai wangi
jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah
cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi
8 bulan.

Dari segi ubatan
tradisional serai wangi
digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan
pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan
air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan
kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga
banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut
untuk mengatasi masalah kebas-kebas,
lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung
perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara
serai wangi
ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai
wangi menghasilkan minyak
pati yang dikenali sebagai
`citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak
sitronela mengandungi dua bahan kimia penting
iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan
geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar
pembuatan ester-ester seperti hidroksi
sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik
yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak
digunakan dalam industri wangi-wangian.
Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan
minyak wangi yang berharga
tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat
batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.
Cara Menggunakannya: Masukkan 2 titik kedalam
periuk sauna yang telah berisi air.
Harga Pati Serai Wangi:-
Sebotol (10ml) - RM25.
RM10 caj penghantaran (Semenanjung).
RM15 caj penghantaran (Sabah/Sarawak).
Buat Pembelian>>
Herba Sauna

Fungsi:
Menyingkirkan toksik badan, menyembuhkan
luka2 dalaman selepas bersalin,
mengurangkan sinus/resdung, menyegarkan
badan, menghaluskan kulit, menyingkirkan
lemak.
Kandungan:
14 herba akar kayu terpilih seperti
serai wangi, Limau purut, limau kasturi,
limau barli,Limau nipis, Halia Bara, Ibu
kunyit, Daun Asam Jawa, Daun Cina,
Pandan Wangi, Bonglai, Jeringau, Dll.
Cara Menggunakannya:
Masukkan 1 uncang ke dalam periuk sauna
yang telah diisi air.
1 uncang boleh guna 3 kali sauna.
Harga Herba
Sauna:-
10 uncang - RM30.
20 uncang - RM60.
30 uncang - RM90.
40 uncang - RM110.
RM10 caj penghantaran (Semenanjung).
RM15 caj penghantaran (Sabah/Sarawak).
Buat Pembelian>>
|